ThE tRuE mM

Ahad, 13 November 2011

9 CARA REDAKAN SAKIT HATI SETELAH PUTUS CINTA

1. Jangan Bertemu dengan Bekas Kekasih Sementara Waktu
Setelah putus cinta, elakkan bertemu atau berkaitan dengan bekas kekasih anda.Perasaan sayang yang masih ada mungkin mendorong anda untuk menelefon, menghantar mesej teks atau bertemu dengannya. Tapi tindakan ini justru akan mengingatkan sakitnya putus cinta. Anda harus benar-benar putus hubungan dengan si dia, sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan bagi menyembuhkan rasa sakit hati.
2. ’Nikmati’ Rasa Sakit Itu
Adalah hal yang sangat wajar ketika kita kehilangan seseorang yang dicintai. Saat merasakan sakit, itu bererti sebuah tanda bahawa anda sedang dalam proses penyembuhan. Menangislah jika anda ingin menangis, dan berteriaklah jika memang itu bisa membuat perasaan sedikit lega. Rasa sakit setelah putus cinta boleh menginspirasi anda untuk mengerjakan sesuatu yang lebih baik, yang tidak pernah anda lakukan sebelumnya.
3. Menyibukkan Diri
Cara terbaik menyembuhkan luka kerana putus cinta dan melupakan si dia adalah dengan menyibukkan diri. Anda tidak akan memikirkan bekas kekasih jika tidak memberi kesempatan pada otak untuk mengingatinya. Cubalah aktif dalam pelbagai kegiatan. Pilih aktiviti yang anda senangi. Tidak hanya menyegarkan fikiran, banyakkn aktiviti luar  juga boleh mengalihkan fikiran anda daripada si dia.
4. Curahkan Kesedihan Anda Hanya Kepada Teman Dekat
Boleh saja menceritakan bagaimana sakit hatinya anda selepas putus cinta. Tapi bukan bererti anda boleh membicarakannya kepada setiap orang yang anda temui.Bukannya bersimpati, tindakan ini justru boleh membuat teman-teman menjauhi anda.Biceritalah hanya pada teman-teman atau orang yang dekat dengan anda, yang cukup mengerti anda dan mahu mendengar setiap keluh kesah. Akan lebih baik lagi jika orang tersebut boleh menenangkan, mencarikan penyelesaian dan menggalakkan anda untuk meneruskan hidup.
5. Tumpahkan Perasaan anda dalam Tulisan
Menumpahkan semua kekesalan dalam tulisan boleh jadi alternatif lain untuk meredakan sakit hati akibat putus cinta. Keluarkan semua rasa sakit, kecewa dan kemarahan anda dalam buku harian, sehelai kertas atau komputer (tapi jangan menyebarkannya ke kumpulan e-mel atau rangkaian sosial). Setelah sembuh nanti anda boleh membacanya semula sebagai alat introspeksi untuk menjalin hubungan yang lebih baik dengan pasangan berikutnya.
6. Meditasi
Meditasi adalah salah satu teknik lama untuk menenangkan fikiran yang tegang. Duduklah dengan tenang di dalam bilik, tutup mata, ambil nafas dalam-dalam, dan keluarkan secara perlahan. Sambil santai, anda boleh menjauhkan perkara-perkara negatif dari fikiran anda. Nyalakan lilin aromaterapi dan muzik instrumental untuk menambah perasaan tenang saat bermeditasi.
7. Beri Perhatian Pada Keluarga
Orang tua, kakak mahupun adik mungkin adalah orang-orang yang berpengaruh besar pada kehidupan anda. Mereka akan selalu berada di sisi anda saat senang mahupun susah. Saat menjalin hubungan cinta dengan bekas kekasih, mungkin anda tidak memberikan banyak masa untuk keluarga. Inilah saatnya untuk anda memberikan masa dan berkumpul bersama keluarga. Cuba ajak mereka beriadah atau sekadar makan malam bersama. Kehangatan keluarga merupakan ubat paling mujarab untuk menyembuhkan luka.
8. Fokus pada Kerjaya
Jangan sampai kesedihan mengganggu prestasi kerja anda. Mungkin akan sukar menumpukan perhatian kerja saat kita di timpa masalah. Tapi cubalah untuk menjadikan kerjaya sebagai keutamaan dalam hidup anda. Dengan fokus dalam bekerja, tak hanya membantu anda melupakan sakit hati, tapi juga meningkatkan prestasi kerja anda di pejabat.
9. Nikmati Kesendirian
Sembuh dari sakit kerana putus cinta memang bukan hal mudah. Kerana itu, anda memerlukan waktu menenangkan diri untuk beberapa lama. Jangan lterus cuba jalin hubungan baru setelah putus cinta untuk melupakan bekas keaksih anda

Selasa, 8 November 2011

‎:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!